Tentang JHEP
Tentang JHEP
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UniMAP
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UniMAP berperanan sebagai pusat pengurusan dan pembangunan pelajar yang komprehensif di Kampus Induk Pauh Putra. Kami menyelaras aktiviti badan pelajar serta menyediakan perkhidmatan kebajikan, bantuan kewangan, kemudahan dan khidmat nasihat bagi memastikan kesejahteraan pelajar sentiasa terjamin dalam persekitaran kampus yang kondusif.
Komited melahirkan graduan holistik, JHEP menumpukan pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kecemerlangan bakat selaras dengan aspirasi universiti iaitu membentuk pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, akhlak dan jasmani.
Melalui unit-unit khusus yang berfungsi secara dinamik dan berintegrasi, JHEP sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berimpak tinggi demi pengalaman kampus yang bermakna.
Kampus Alam UniMAP Pauh Putra