Penajaan, Biasiswa & Pembiayaan
Peranan Unit
Unit ini menguruskan pembiayaan dan pinjaman merangkumi keseluruhan proses daripada permohonan penajaan dan pinjaman pelajar, penyediaan dokumen perjanjian serta pengesahan status kepada penaja, penyaluran bayaran dan pemantauan tunggakan, hingga kepada kelulusan, jadual serta status pembayaran balik. Ia turut melibatkan kerjasama strategik bersama agensi penaja dan pinjaman melalui sesi taklimat, lawatan serta pengembangan jaringan baharu, di samping pengurusan data pelajar, penamatan tajaan/pinjaman dan sistem berkaitan. Selain itu, pengurusan program On-Job Campus turut dilaksanakan meliputi penyelarasan program, penempatan pekerjaan sementara dalam kampus dan pembayaran elaun pelajar, serta penyediaan kertas kerja untuk pertimbangan mesyuarat berkaitan.