UNIT PEMBIAYAAN

Penajaan, Biasiswa & Pembiayaan

Peranan Unit

Unit ini menguruskan pembiayaan dan pinjaman merangkumi keseluruhan proses daripada permohonan penajaan dan pinjaman pelajar, penyediaan dokumen perjanjian serta pengesahan status kepada penaja, penyaluran bayaran dan pemantauan tunggakan, hingga kepada kelulusan, jadual serta status pembayaran balik. Ia turut melibatkan kerjasama strategik bersama agensi penaja dan pinjaman melalui sesi taklimat, lawatan serta pengembangan jaringan baharu, di samping pengurusan data pelajar, penamatan tajaan/pinjaman dan sistem berkaitan. Selain itu, pengurusan program On-Job Campus turut dilaksanakan meliputi penyelarasan program, penempatan pekerjaan sementara dalam kampus dan pembayaran elaun pelajar, serta penyediaan kertas kerja untuk pertimbangan mesyuarat berkaitan.

BANTUAN DAN PEMBIAYAAN UniMAP


Inisiatif kebajikan dan sokongan kewangan universiti kepada pelajar  UniMAP dalam meringankan beban sara diri dan  kos pengajian serta memperluas akses pendidikan.

BANTUAN DAN PEMBIAYAAN AGENSI KERAJAAN


Inisiatif sokongan kewangan oleh agensi kerajaan kepada pelajar universiti awam dalam meringankan beban kos pengajian serta memperluas akses pendidikan.

BANTUAN DAN PEMBIAYAAN AGENSI SWASTA


Inisiatif pembiayaan oleh agensi swasta merangkumi biasiswa, tajaan dan bantuan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar universiti awam bagi meringankan beban kos pengajian.